Rabu, 14 Mac 2012

Opah Khaty

OPAH@Mak....Khaty

HARI RAYA 2012
EWAH Ewahhhhhhh!!!!!!



Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin Buat Semua Anak Cucu Cicit 2012






HARI IBU
Selamat Hari Ibu kami doa kan walau kami tidak dapat meraikan beramai ramai namun di hati anak cucu mu sentiasa mendokan Opah@mak sentiasa berada didalam keadaan sihat walafiat serta sentiasa memberikan kami peransang untuk terus membina keluarga yang harmoni dan bahagia serta setia sepertimana opah@mak berjaya memberikan kemanjaaan serta pelajaran sehingga lah kami di pisahkan kerana sudah berumah tangga dan tidak dapat seharian bersama opah@mak seperti kecil dahulu.....kami tahu opah@mak rindukan ayah sebagai teman kesunyian namun selepas pemergiannya .kita susuli dengan ...Al-fatihah....


Opah@mak kami terus yakin dan tabah menyambung tugas arwah memberikan penjagaan dan didikan yg sempurna buat anak opah@mak selama ketiadaan arwah ayah..............dan kami bangga sekali KESETIAAN opah@mak kepada arwah tidak pernah luntur walau sedetik pun....kami berhasrat menjadikan kesetian itu satu kemestian dalam jiwa kami ..insyakallah...walau pun cara hidup kini berada didalam dunia tanpa sempadan dan penuh duri ranjau yg menghasut kesetian hati kami agar melunturkan kesetiaan itu....


Terima kasih kami juga pada opah@mak yang terus membantu kami bila mana mengalami kesulitan tidak kira didalam urusan keluarga serta sumber kewangan ....harta peninggalan arwah terus di panjangkan kepada anak anak mu tanpa ragu ragu dan curiga ...walau pun tidak sebanyak mana namun terus dihulurkan kepada kami dengan sama rata tanpa mementingkan diri sendiri...Jasa mu amat kami sanjung tinggi dan tak mampu membalasnya hanya Tuhan sahaja yang akan membalasnya .
.Selamat ulang tahun juga kami ucapkan di hari kelahiran opah@mak ke77 pada setiap Mei ...semoga dimurahkan terus rezeki dipanjangkan umur serta dimakbulkan doa dapat berada  ditanah suci Mekah jika di izinkan Allah .

Ibu khaty and anak menantu Nor

HOSPITAL SG BULUH 
 lokasi-H.besar Sg.Buloh
cucu opah yg prihatin@Nurse Umi anakda Abd.Malek 
Dia berusha keras ketika membawa opah kesayanganya berurusan di hospital Besar Sg.Buloh...mungkin pengalaman dan tugasannya sebagai jururawt boleh membantu meringankan beban dan menteteramkan perasaan opahnya..maklumlah sebut hospital jee.si opah akan rasa gudah gulana...maklumlah juga dah dua tiga kali anak anaknya membawa ke  klinik ...dan ambil samplr darah...cucuk sana sini...sedangkan kulit pun opah tak berapa nak tebal........sakit sikit kot bila kena cucuk ...apa lagi kena dua tiga kali rawatan terpaksa ambil darah.

opah@bonda ayah in wad....time ini dia betul betul tak mampu makan dan minum.sebab itu air dalam badan bonda ini amat kurang sekali....mungkin salah satu penyebab ia tak begitu selera makan kerana deman dan ditambah umurnya sudah semakin lanjut....namun disebabkan  kegigihan nya mengghungi kehidupan dari zaman penjajah dan darurat dia masih  dapat melihat kehidupan moden anak anaknya dan cucu cicitnya sehingga sekarang...doa kami semoga bonda@opah@oyang cepat sembuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan